<body>
Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja, Rembau, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Bilangan Pelajar: 27

Ketua: Hazzrul Azim bin Dahalin
Penolong: Kalairani a/p Ravi
Lelaki:
Perempuan:

Thursday 16 February 2012
Pemprosesan Daging Puyuh

Tarikh    : 15 dan 16 Februari 2012

Tempat  : Kundur, Negeri Sembilan 

Masa      : 9 pagi hingga 2 petang

Syarikat : Ayamega Sdn Bhd

Bilangan pelajar : 31 orang

Guru Pengiring : Cik Suriati dan Cik Amiratul Azila


Pelajar diberi taklimat terlebih dahulu

Pelajar dibawa melihat kawasan rumah penyembelihan.

Pelajar diberi penerangan oleh Encik Zainul Anuar

Feather machine
Scalding Machine




Langkah-langkah Memproses Daging Puyuh :

Langkah 1 : Penyembelihan

Puyuh yang telah disembelih 


Pastikan urat merih benar-benar putus.
Langkah 2 : Membuang bulu puyuh menggunakan feather machine.  Tetapi sebelum itu, puyuh yang telah disembelih  perlulah direbus didalam air panas yang bersuhu 60 - 70 darjah celcius.
Membuang bulu puyuh secara manual untuk memastikan semua bulu burung puyuh  dicabut.



Langkah 3 : Memotong kaki puyuh dan membuang organ dalaman

Organ dalaman perlu dibuang
Langkah 4 : Proses penyejukan didalam air yang bersuhu 4 darjah celcius bertujuan  mengekalkan kualiti dan mengelakkan pencemaran bakteria.




Langkah 5 : Menimbang puyuh dan menggred mengikut skala berat




Langkah 6 : Pembungkusan mengikut gred




Selingan ^_^

Setelah bekerja keras, dapat juga merasa rendang puyuh..wee!
Bila lagi nak tunjuk terer..hoho~
Last but not least ^_^



Friday 10 February 2012
Kelas 4 Poultri @ SMT Dato' Lela Maharaja


Tenaga Pengajar : Cikgu Ahmad Padzil, Cikgu Faridah dan Cikgu Suriati

Guru Kelas         : Cikgu Faridah bt Abd Rasad

Bilangan Pelajar  : 19 lelaki dan 11 perempuan

Ketua Kelas       : Apek (saya tak ingat nama penuh dia =P)

Penolong Ketua Kelas : Kalai (one and only indian girl in this class)

Melalui pemerhatian saya untuk beberapa minggu ini, mereka (pelajar saya) menunjukkan minat yang amat mendalam dalam bidang agroindustri ternakan poultri ini. Mereka memberikan komitmen yang sangat WOW untuk apa sahaja aktiviti yang dilakukan. Diharap semangat mereka ini sentiasa membara dan tidak akan pernah padam. InsyaAllah.. ^_^

Untuk semester pertama ini, pelajar dikehendaki untuk memelihara burung puyuh. Mereka dibahagikan kepada 6 kumpulan dan setiap kumpulan diberi sebanyak 50 ekor anak burung puyuh. Mereka dipertanggungjawabkan untuk memelihara anak burung puyuh ini sehingga mencapai tahap matang dan boleh dipasarkan. Tempoh pemeliharaan burung puyuh adalah selama 30 hari.

Bukan itu sahaja tugasan yang perlu mereka lakukan, banyak lagi tugasan dan aktiviti yang perlu dan akan mereka lakukan. Saya akan update blog ini dari masa ke masa. InsyaAllah. ^_^





Saya Budak Baru Belajar...

Sabtu, 11 Februari 2012, Makmal Komputer Sekolah Menengah Teknik Dato' Lela Maharaja Rembau..Saya dan beberapa guru lain perlu menghadiri satu kursus membuat blog untuk membuat blog rasmi bagi subjek yang telah ditetapkan..inilah hasilnya..TAPI...ada tapi tu..hehe.blog ini akan di update untuk menjadi lebih WOW dari hari ke hari..dengan info-info yang sepatutnya dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pelajar..insyaallah.^_^